INSTAGRAM

Jul 25, 2017

Diy Kad Kahwin - Bitaqat


Design kad kahwin untuk adik lelaki. Anak bungsu kesayangan mama ni dalam beberapa hari lagi mau kahwin. Alhamdulillah urusan semua sudah selesai cuma tunggu majlis saja lagi.

Untuk majlis kali ni, pelamin pun diy sendiri tau. Nanti di next post saya upload. 



Jul 11, 2017

Cek kesuburan

Lama tak update blog. 


Setelah setahun berkahwin, saya masih tidak dikurniakan anak. Seminggu sebelum hari raya, saya berbincang dengan suami untuk pergi jumpa doktor pakar. Di Kota Kinabalu, saya suggest anda untuk jumpa Gynaecologist & Fertility Specialist iaitu Dr.Cheong di Sabah Care

Bila jumpa doktor pakar jangan bazirkan masa. Gunakan masa yang ada untuk bertanya soalan. Contoh soalan suami saya, " doktor, sebaiknya bersama bagaimana?". Doktor kata, " kena 3 hari rehat, 3 hari stop." Soalan lain anda pikirkanlah. Kalau nak tanya posisi pun boleh.

So pada hari pertama jumpa doktor tu, kami telah di terangkan prosedure. Tujuan yang pertama ni, nak check kesuburan dua belah pihak. Kalau nak pergi jumpa doktor, adalah di nasihatkan jumpa pada hari ke 7 period. Rekodlah dalam schedule mestrual cycle anda. Dalam sebulan berapa hari period dan kitarannya. Doktor akan tolong kira hari bila kau kena ambik darah di lab. 

Selesai doktor ambik darah (yang ni tak tahu apa tujuan), doktor suruh kami berdua untuk ke lab. Maknanya saya kena ambik 2 kali darah. 1 di hari pertama saya ke klinik iaitu (hari ke 5 period), dan seterusnya pada hari ke 22 (habis period) untuk check level of progesterone

Suami pula boleh pergi bila-bila masa untuk menyerahkan mahkotanya. eh silap! menyerahkan sperm. Doktor bagi botol dan nasihatkan suami untuk 3 hari stop selepas bersama. Part paling susah ialah suami saya kena hantar sperm less than 1 hour. Jarak rumah dan lab tidaklah jauh tapi kami tak nak ambik risiko, lalu berfikirlah korang dimana tempat yang sesuai untuk para suami mengeluarkannya. 

Kos first time jumpa ni adalah RM230.00  termasuk lab segala tu lah. Result akan keluar dalam 2 hari. Uhh. 

Doakan saya.

Aug 16, 2016

Soalan Yang Orang Akan Tanya Bila Kau Pakai Braces (Pendakap Gigi)


Dulu aku langsung tak ada confident nak senyum tayang gigi tapi sekarang yeay! 

Selalu jumpa kawan atau saudara mara mereka akan tanya soalan-soalan macam ni:

1) "Berapa harga buat braces? Mesti mahal kan?"

"Grrrr.Mahal tapi bayar bulan-bulan tak terasa juga. Semua RM6K+ juga. Belum campur every month review selepas pakai braces dan cabut gigi.  Sebenarnya RM6K ++ ni termasuklah bila aku kena pakai URA (Upper Removable Appliances).

2) "Sejak bila kau pakai braces ni?"

Start dengan URA, bulan  Sep/2015 (5-6 bulan) dan pakai braces pada March 2016 hinggalah sekarang.

3) "Sakit tak pakai braces?"

Tiap bulan sakit. Doktor pasang atas dulu. Lepas sebulan, doktor pasangkan kat bawah. Pasang memang tak sakit.Doktor ambil masa sekejap saja untuk install kat gigi aku. Selepas beberapa jam, hanya Tuhan saja yang tahu. Sakit dia macam nak roboh gigi diikuti dengan sakit kepala. Just prepare yourself dengan panadol dan kalau boleh pasang hari Sabtu .

4) "Napa kena pasang braces hari Sabtu?"

Sebab hari Ahad, sakit dia masih ada. Kau kena rehat. Tenangkan fikiran.Hehe. Tips ni termasuk tiap bulan kalau nak tukar rubber band , kau kena pilih hari Sabtu.

Next post akan update esok.




Aug 15, 2016

Perbualan Suami dan Isteri


Hari Sabtu haritu aku keluar dengan Cong. Tujuan jumpa doktor pakar kulit tapi memandangkan turn kami lambat lagi, dia bawa makan dan pergi ke kedai perabot. Lepas tu lepak di "Breadboss", one of our favorite cafe untuk lepak. 

Aku pendam pertanyaan aku tentang anak sejak beberapa hari yang lalu. Naik tekanan juga pendam tapi aku try positive. Lepas makan tu, kami pergi masjid untuk sembahyang Zohor. Dalam perjalanan tu, aku tanya dia.

Jadi perbualan dalam kereta aku mulakan sebegini,

"B, kau nda rasa kecewa ka kalau tiap bulan aku uzur?" 

Dia diam.Aku cakap lagi.

"Macam bikin tekanan pula tapi aku tau tu rezeki bah. Ada hikmah yang Tuhan bagi awal atau terlambat. Aku try mau jadi macam kau. Sentiasa positive"

Aku start dah lap-lap air mata. Dia tanya,

"Kau kena paham, itu semua rezeki dari Tuhan. Aku lagi jeles, bila kawan yang sama tarikh kita kahwin tu bini dia tengah pregnant. Kalau kau, tiada juga kawan kau yang kahwin sama tarikh dengan kita kan.Tapi itulah kita kena dekatkan diri sama Tuhan.Berbalik pada Tuhan, Banyak-banyak tambah ibadat.Minta dengan dia. Ini sembahyang jemaah pun kadang-kadang kau nda mau. Aku ajak juga.Suruh tunggu."

Aku diam.

"B,aku mau nangis."

"Napa nangis?", dia tanya.

"Aku mau nangis.Aku sedih". 

Dia ketawa.Cepat-cepat aku pegang erat tangan dan landing kepala aku di bahu dia.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Doa yang selalu aku minta dengan Tuhan dalam tiap solat. Diampunkan dosa diri dan dosa kedua ibu bapa, Dijadikan anak dan isteri yang solehah. Moga di murahkan rezeki. Diberikan kesihatan .Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehan yang diberkati olehNya. 

Keep on positive. Tambah lagi extra amal ibadat dan last sekali istiqamah.

Jun 6, 2016

Officially husband and wife



Officially husband and wife // 27th May 2016

May 5, 2016

Nikah


.

Pejam celik pejam celik  tak lama lagi aku nak kahwin. Alhamdulillah semua persediaan dah awal siap. Siap awal sebab dah plan cantik last year nak kahwin bulan Februari tapi terpaksa tangguh ke bulan Mei. Kehilangan mama pun secara tiba-tiba tapi yalah Tuhan lebih mengetahui segalanya.

Semoga dipermudahkan majlis. Itu sajalah.Tiada plan lain selepas kahwin.Honeymoon pun tiada. Kalau ada rezeki, adalah. Tiada juga angan-angan.Cukuplah. Semoga bakal suami rasa cukup dengan aku.Tu saja.

Dec 9, 2015

HARI LAHIR

Alhamdulillah genap dua puluh enam tahun dah. Tiada apa-apa harta dunia yang diharapkan sangat, cuma harapan next year punya plan di permudahkan. Semoga arwah mama di tempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Kami sekeluarga diberikan kesihatan dan umur yang panjang.