Lama tak update blog.
Bila jumpa doktor pakar jangan bazirkan masa. Gunakan masa yang ada untuk bertanya soalan. Contoh soalan suami saya, " doktor, sebaiknya bersama bagaimana?". Doktor kata, " kena 3 hari rehat, 3 hari stop." Soalan lain anda pikirkanlah. Kalau nak tanya posisi pun boleh.
So pada hari pertama jumpa doktor tu, kami telah di terangkan prosedure. Tujuan yang pertama ni, nak check kesuburan dua belah pihak. Kalau nak pergi jumpa doktor, adalah di nasihatkan jumpa pada hari ke 7 period. Rekodlah dalam schedule mestrual cycle anda. Dalam sebulan berapa hari period dan kitarannya. Doktor akan tolong kira hari bila kau kena ambik darah di lab.
Selesai doktor ambik darah (yang ni tak tahu apa tujuan), doktor suruh kami berdua untuk ke lab. Maknanya saya kena ambik 2 kali darah. 1 di hari pertama saya ke klinik iaitu (hari ke 5 period), dan seterusnya pada hari ke 22 (habis period) untuk check level of progesterone
Suami pula boleh pergi bila-bila masa untuk menyerahkan mahkotanya. eh silap! menyerahkan sperm. Doktor bagi botol dan nasihatkan suami untuk 3 hari stop selepas bersama. Part paling susah ialah suami saya kena hantar sperm less than 1 hour. Jarak rumah dan lab tidaklah jauh tapi kami tak nak ambik risiko, lalu berfikirlah korang dimana tempat yang sesuai untuk para suami mengeluarkannya.
Kos first time jumpa ni adalah RM230.00 termasuk lab segala tu lah. Result akan keluar dalam 2 hari. Uhh.
Doakan saya.

No comments:
Post a Comment