20/09/2015 (Ahad)
Mama start lemah badan tapi selera makan masih ok.
21/09/2015 (Isnin)
Mama admit di hospital Papar. Bapa dan Nazri yang bawa mama ke hospital. Mama terpaksa pakai wheelchair sebab start tak boleh berdiri. Satu malam di hospital dan mama di tambah darah.Doktor cakap mama kurang darah merah. Aku dan Pija yang jaga mama malam tu. Satu malam mama tak dapat tidur. Demam panas dan badan berpeluh. They said, normal sebab darah lain masuk dalam darah mama.
22/09/1015 (Selasa)
Subuh pagi mama nampak stabil. Boleh berdiri dan jalan sendiri ke tandas. Tengah hari mama balik rumah. Malam bagi makan mama. Mama langsung tak dapat capai makanan. Dia macam blur. Malam tu pun mama tak boleh tidur.
23/09/2015 (Rabu)
Admit lagi di Hospital Papar. Tambah darah lagi.Petang dokor explain depan-depan mama, she said, mama di syaki hidap kasner darah. atau nama lain leukimia. Petang tu juga bawa mama balik rumah.Mama nampak happy dan boleh ketawa lagi. Jam 9 mama tidur tapi tengah malam mama bangun. Percakapan waktu malam tu ok, tapi start tengah malam, nafas mama lain. demam panas.berpeluh dan lemah. Mama langsung tak dapat tidur. Baju basah dengan peluh.Bacaan yassin dan ayat Quran di pasangkan. Try untuk ajar dan sama-sama mengucap dua kalimah syahadah. Mama try walaupun susah.
24/09/2015 (Khamis) (Hari Raya Korban)
Biarkan mama rehat sekejap. Bagi minum air zam-zam dan makan bubur,Bawa mama ke Damai Specialist Centre. Mama dibawa cek darah dan buat scan. Doktor pakar explain dengan kami. Ada pendarahan di kepala mama dan confirm memang mama menghidap kanser darah (leukimia). Doktor advice bawa mama ke hsopital Queen. Mama dibawa naik ambulans. Di tahan di wad kecemasan (Wad kritikal).Kami di larang masuk ke wad kritikal. Tengah malam, mama di hantar ke wad separa kritikal. Doktor explain yang mama hidap leukimia dan ada jangkitan paru-paru.
25/09/2015 (Jumaat) (Hari kedua mama di wad kecemasan)
Adik mama (Bongsu) masuk wad kecemasan visit mama. Mama ada respon. Try untuk bercakap tapi tak dapat, Mama menangis.
Rindu.
................................
No comments:
Post a Comment