INSTAGRAM

Aug 11, 2017

Penantian terjawab.

Hari bertukar hari, bulan bertukar bulan. 

Last datang bulan 21/6/2017. Hari ke 22  saya buat ujian darah dan husband pula buat sperm count dan akhirnya dapat result. Result saya agak kurang memuaskan tapi siapalah saya untuk menidakkan takdir. 

Oleh kerana menunggu datang bulan dan tak sabar nak makan Clomid. Saya decide untuk balik makan EPO (Evening Primrose Oil). Jadual patut dah datang bulan tapi tak datang-datang. Tanya juga dengan diri sendiri, bulan ni saya stress sangat kah?

Isnin 31/7/2017, sebelum makan EPO, saya beranikan diri untuk cek air kencing. Manalah tahu pregnant tiba-tiba. Nasiblah UPT memang ada dirumah. Dari awal perkahwinan memang siap beli OPK dan UPT banyak-banyak. Semua saya plan sebab husband kerja di Sipitang dan saya di KK. Weekend baru jumpa dan kalau nasib baik dia kursus di KK adalah dia dirumah. 

Balik cerita result saya. 

Saya tidak berharap sangat sebab result low progesterone tu menyatakan bahwa saya pada bulan ni memang tidak akan mengandung. More info tentang progesterone boleh klik di sini 

Penantian selama setahun 2 bulan gitu.
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya adalah mudah bagiNya, dan terjadilah hanya dengan kehendakNya. 

and again siapa saya untuk menidakkan takdir. Alhamdulillah. 

No comments: